Persatuan
Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WarisAlam) telah berjaya
menguruskan Program Ibadah Korban & Akikah di sekitar nusantara sejak tahun
2011. Sejak itu, pihak WarisAlam berazam meneruskan kejayaan itu dan semakin
ramai rakyat Malaysia yang prihatin akan keadaan saudara Melayu mereka di sana
telah menyertai program yang diadakan oleh pihak WarisAlam.
Mereka yang berada dalam keadaan
serba kekurangan sudah pasti mengharapkan sumbangan dan bantuan dari pihak
luar. Kebiasaannya, mereka mengadakan kenduri kendara serta merasa lauk daging
yang jarang-jarang mereka nikmati dari hasil sumbangan ini. Saudara kita di
luar negara amat-amat mengharap bantuan dari kita.
Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud:
"Amalan yang paling dicintai
oleh ALLAH S.W.T. ketika Hari Raya Eidul Adha
ialah menyembelih haiwan
korban"
(At-Tirmizi, Ibn Majah dan
Al-Hakim)
InsyaAllah pada tahun ini
(1438H/2017M), pihak WarisAlam akan menganjurkan Program Ibadah Korban &
Akikah di FILIPINA, KEMBOJA DAN MYANMAR. Harga untuk satu bahagian lembu
masing-masing adalah sebanyak RM450 (FILIPINA) dan RM340 (KEMBOJA / MYANMAR).
Lebihan dari sumbangan korban itu
akan digunakan untuk pengurusan, kebajikan am dan juga membantu pembangunan
pendidikan umat Islam di FILIPINA, KEMBOJA dan MYANMAR seperti memberi sumbangan
kepada guru-guru agama, masjid, pelajar Islam, fakir miskin, sumbangan
peralatan alat tulis dan sebagainya. Selain itu, kami di pihak WarisAlam juga
menerima sumbangan berbentuk zakat, sedekah, fidyah dan lain-lain untuk
disampaikan kepada Umat Islam di sana. Penyertaan umat Islam di Malaysia dalam
program ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saudara muslim kita di
sana.
Jika
tuan/puan berminat, klik di sini untuk mengisi borang secara "online". Tuan/puan juga boleh hubungi kami di bawah untuk maklumat lanjut:
Email : warisalamm@gmail.com
Website : www.warisalam.org
Farid : 016-6264230
Ustaz Zaid : 019-2202327
Azizi : 012-3766307
Pihak
kami berharap agar usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak dan dapat
diwar-warkan pula kepada umat Islam yang lain. Semoga amalan kita diberkati ﷲ S.W.T.
Sekian, terima kasih.