Selasa, 26 April 2016

IBADAH KORBAN & AQIQAH PADA TAHUN 1438H / 2017M DI FILIPINA, KEMBOJA DAN MYANMAR


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

            Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WarisAlam) telah berjaya menguruskan Program Ibadah Korban & Akikah di sekitar nusantara sejak tahun 2011. Sejak itu, pihak WarisAlam berazam meneruskan kejayaan itu dan semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin akan keadaan saudara Melayu mereka di sana telah menyertai program yang diadakan oleh pihak WarisAlam.

  

Mereka yang berada dalam keadaan serba kekurangan sudah pasti mengharapkan sumbangan dan bantuan dari pihak luar. Kebiasaannya, mereka mengadakan kenduri kendara serta merasa lauk daging yang jarang-jarang mereka nikmati dari hasil sumbangan ini. Saudara kita di luar negara amat-amat mengharap bantuan dari kita.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH S.W.T. ketika Hari Raya Eidul Adha
ialah menyembelih haiwan korban"
(At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)


InsyaAllah pada tahun ini (1438H/2017M), pihak WarisAlam akan menganjurkan Program Ibadah Korban & Akikah di FILIPINA, KEMBOJA DAN MYANMAR. Harga untuk satu bahagian lembu masing-masing adalah sebanyak RM450 (FILIPINA) dan RM340 (KEMBOJA / MYANMAR).

Lebihan dari sumbangan korban itu akan digunakan untuk pengurusan, kebajikan am dan juga membantu pembangunan pendidikan umat Islam di FILIPINA, KEMBOJA dan MYANMAR seperti memberi sumbangan kepada guru-guru agama, masjid, pelajar Islam, fakir miskin, sumbangan peralatan alat tulis dan sebagainya. Selain itu, kami di pihak WarisAlam juga menerima sumbangan berbentuk zakat, sedekah, fidyah dan lain-lain untuk disampaikan kepada Umat Islam di sana. Penyertaan umat Islam di Malaysia dalam program ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saudara muslim kita di sana.

Jika tuan/puan berminat, klik di sini untuk mengisi borang secara "online". Tuan/puan juga boleh hubungi kami di bawah untuk maklumat lanjut:

Email               : warisalamm@gmail.com
Website           : www.warisalam.org

Farid : 016-6264230
Ustaz Zaid : 019-2202327
Azizi : 012-3766307


Pihak kami berharap agar usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak dan dapat diwar-warkan pula kepada umat Islam yang lain. Semoga amalan kita diberkati S.W.T.
Sekian, terima kasih.